Penggunaan vaksin denggi dijangka bermula 2016 – Menteri

Penggunaan vaksin denggi dijangka bermula 2016 – Menteri

KUALA KUBU BAHARU 13 Julai – Penggunaan vaksin untuk mencegah penyakit denggi di Malaysia dijangka bermula pada 2016, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, tempoh dua tahun itu adalah disebabkan kementeriannya akan mengkaji semula data yang diperoleh berkaitan vaksin berkenaan.

“Vaksin itu hanya boleh digunakan secara umum bermula 2016. Kita (Kementerian Kesihatan) akan menggunakan tempoh ini untuk mengkaji balik data yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kesihatan Masyarakat India 1Malaysia di SJK(T) Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini vaksin itu didapati hanya memberi kawalan sebanyak 56 peratus sahaja.

“Kalau kita lihat pada kawalan vaksin itu terhadap empat stereotaip iaitu DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4, kawalan untuk DEN-2 tidak memuaskan iaitu hanya sekitar 35 peratus. Itu merupakan antara sebab kita perlu analisis data kajian itu supaya dapat membuat satu keputusan yang baik,” kata beliau. – BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140713/dn_38/Penggunaan-vaksin-denggi-dijangka-bermula-2016—Menteri

Share From:
Malaysia News5.3.3
market://details?id=com.nes.news.my.en

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s